song

Tuesday, 6 September 2016

KAUM KADAZAN DUSUN





  Hello .. salam sejahtera .. saya Elicesia Ricky .. saya ingin mengongsikan serba sedikit mengenai suku kaum saya iaitu kaum Kadazan Dusun..

PENGENALAN 

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

  Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

  Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.

  Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.
   


Image result for KADAZAN DUSUNImage result for KADAZAN DUSUN



ADAT DAN PANTANG LARANG

  • Kelahiran
  • perkhawinan



Pantang larang ibu mengandung

  1. Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu.
  2. Suami tidak boleh memotong rambut nanti, rambut anak akan panjang.
  3. Tidak boleh makan buah yang mengandungi air.
  4. Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu. Nanti mulut anak sumbing.
Upacara memberi nama 

  1. Adat memberi nama bayi ini akan dilakukan apabila anak mereka berumur 8 tahun.
  2. Anak tersebut akan diberi nama 2 kali .Nama sebenar dan nama sementara.
  3. upacara rasminya nama tersebut akan dibuat pada hari ke lapan selepas memberi nama.
  4. keluarga, jiran dan orang kenamaan akan dijemput ke majlis tersebut untuk menentukan nama yang dipilih.
  5. upacara ini dinamakan Madsapi atau Modsopik.
  6. apabila anak mereka berumur 1 bulan, upacara turun tanah dijalankan.
PERKAHWINAN

Image result for PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN  Dalam adat perkahwinan kaum Kadazan,satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut di kehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Perkara yang paling penting dalamupacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam.

Image result for PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN

UPACARA MOMOHIZAN

Image result for UPACARA MOMOHIZANUpacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesaidituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi darisebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumahkeluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.

PAKAIAN 

  Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai
'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaunguntuk para 
 lelaki.

-Baju ini selalunya menggunakan kain hitam(kain baldu) yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai. -'Sinuangga' dilengkapi dengan perhiasan ikatan pinggang yang dipanggil 'Himpogot'(logam perak/2 lilitan pada bahagian atas dan bawah perhiasan di pinggang) dan 'Tangkong'(logam tembaga/3 lilitan) 

-'Gaung'(dihiasi dengan renda keemasan&butang betawi) dengan topi yang dinamakan 'Siga'(tanjak dari kain dastar yang ditenun),ia juga disertakan dengan 'Sandangon'(hiasan dripda daun palma hanya dipakai 

ketika mempersembahkan tarian Sumazau) yang dipakaikan secara menyilang pada tubuh badan.Pakaian Traditional Suku Kaum Dusun Tambunan dipanggil Sinombiaka' bagi yang telah dipermodenkan.Manakala jenis yang asal dikenali dengan namaSinombiaka Rombituon',di mana mempunyai hiasan lebih ringkas.
Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak. 
Image result for PAKAIAN SUKU KAUM KADAZAN PENAMPANG
PAKAIAN SUKU KAUM KADAZAN DUSUN PENAMPANG


Image result for PAKAIAN SUKU KAUM KADAZANDUSUN PAPAR
PAKAIAN SUKU KAUM  KADAZANDUSUN PAPAR
Image result for PAKAIAN LOTUD TUARAN
LOTUD TUARAN
Image result for PAKAIAN DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD
DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD
Image result for PAKAIAN MURUT TAGAL DARI DAERAH KENINGAU
PAKAIAN KAUM MURUT
Image result for PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS DI KUDAT
PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS DI SABAH

TARIAN 

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaumKadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalamKadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi olehsosio budaya kawasan tertentu.

Tarian Sumazau

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan diseluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,menyemah semangat, dan mengubati penyakit.Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelakidan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangandikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikansemasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.





ALAT MUZIK

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi- bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensiuntuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Image result for SUNDATANG
SUNDATANG


Image result for gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon
SOMPOTON
Image result for togunggak
TOGUNGGAK

MAKANAN

keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. Dalam entri ini, saya menyenaraikan beberapa makanan tradisi bagi suku kaum kadazandusun. 
Image result for NOONSOM
NOONSOM SADA

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.
Image result for PINAASAKAN
PINAASAKAN

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.
Image result for BOSOU
BOSOU

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.
Image result for TUHAU
TUHAU

Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada tumbuhan E. coccinea (nama saintifik). Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah.
Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris atau dihancurkan. Biasanya tuhau akan dicampurkan dengan cili merah dan cuka untuk menambahkan rasanya. Tuhau boleh dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-bila masa.
Image result for sup manuk lihing
SUP MANUK LIHING

Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.
Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Image result for hinava
HINAVAHinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

PERAYAAN PESTA KAAMATAN


Image result for KADAZAN DUSUN


Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama
ASAL USUL MAGAVAU



Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

HOMINODUN 




kewujudan pertandingan "Unduk ngadau" sinonim dengan Lagenda Huminodun yang menjadi kebanggaan kaum kadazandusun dan diceritakan secara lisan sejak turun temurun yang turut dikaitkan dengan tradisi "Magavau".

Huminodun bermaksud "yang berkorban" merujuk kepada anak perempuan kinoingan serta isterinya suminundu yang telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kaum kadazandusun daripada bencana kebuluran. Menurut cerita yang disampaikan, bencana kemarau yang membawa kebuluran telah melanda kawasan penempatan kaum kadazandusun. Banyak binatang ternakan mati dan hasil pertanian juga tidak menjadi.

Bencana kemarau tersebut telah menyebabkan ramai kaum kadazandusun mati kebuluran dan dihinggapi berbagai-bagai jenis penyakit. Kinoingan yang menjadi pemimpin pada ketika itu berasa belas kasihan  kepada rakyatnya dan berusaha membantu mereka dengan pelbagai cara tetapi tidak berhasil. Kemudian kinoingan telah mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa seorang gadis perawan yang berhati mulia harus dikorbankan untuk mengakhiri malapetaka tersebut. Walaubagaimanapun, kinoingan tidak sanggup mengorbankan nyawa manusia. Apabila huminodun iaitu anak perempuan tunggal kinoingan mengetahui mengenai perkara tersebut ,huminodun telah mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya demi mengakhiri kesengsaraan kaumnya. Akhirnya dengan berat hati, kinoingan bersetuju mengorbankan anak gadisnya dengan cara membelahnya menjadi tujuh bahagian dan disemadikan mengikut adat.

Image result for lydrielyn koh


Image result for UNDUK NGADAU KINABATANGAN Image result for UNDUK NGADAU KINABATANGAN IVALISALYNImage result for UNDUK NGADAU VENISA JUDAH

BAHASA

Selamat Pagi = Osonong do dongkosuabon
Selamat Tengahari/Petang = Osonong do sosodopon
Selamat Malam = Osonong do dongotuong
Siapa Nama Awak? = Isai ngaran nu?
Nama saya... = Ngaran ku ih...
Di mana awk tinggal = Hinonggo koh poingoyon?
Saya tinggal di... = Poingiyon oku id..
Apa khabar? = Okuro-kuro koh noh?
Saya sihat = Osonong oku ih
Ke mana awk mahu pergi? = Hinonggo ngoyon nu?
Aku mahu pergi = Mongoi oku id..
Mari makan tenghari = Kanoh mongoi akan
Awak asal mana? = hinonggo tadon nu?
Saya berasal dari.... = mantad oku hilo .....
Apakah ini? Nunu iti?Sibukkah? = Osibuk koh?Bolehkah tolong? Obuli koh monulung dogo?
Aku mahu pergi di ... = Mongoi oku id...
Ini sangat baik! = Osonong ti
Cantiknya perempuan itu = Alawa noh sumandak dilo
Sedapnya ini = Asadap noh iti!
Aku mahu pergi sekarang = Mamanau oku noh!
Jumpa lagi! = Kopiruba kawagu!
Ingatkan aku! = Sorohon oku noh!
Telefon saya ya? = Toliponan oku noh
Hantar aku surat ya? = Kiriman oku noh do surat
Terima kasih = Kotoluadan / Pounsikou
Kau sudah makan? = nakakan ko noh
saya mahu pulang = siuli oku
saya pulang dulu = muli oku po
jangan pergi sana = kada mongoi hilo
ada gitarkah? = haro gitar nu?
boleh kau main satu lagu dusun =
karati = faham
Maaf = Siou
Tidak = Au
Ya = Oh
Belum lagi = Au poh!
Biila = Soira?
Bagaimana = Poingkuro?
aku / saya = oku
jalan = ralan
berjalan = mimpanau
lari = tangkus
berlari =manangkus
berdiri = mingkakat
duduk = mirikau
dengar = mokinongou
gigit = kokot
mengigit = mongokot
ini = iti / ti
itu = ilo
sana = hilo
lelaki = kusai
perempuan = tondu
nama = ngaran
tidak = au
ya = Oh / Ousi
apa = isai
hidung = tedung
terbang = tumulud
naik = mindakod
apa = nunu
asal = tadon
berasal = mantado
nair = wa'ig
rumah = walai/sulap
sungai = bawang
parang = dangol
kamu (ramai) = yekoyu
kamu (seorang) / kau = ika / nu / ko
suka = orohian
pagi = kosuabon
tengahari = pitangadau
petang = sosodoion
malam = totuong
nangis = mihad
ikan = sadadi sana = hilo
ular = wulanut
sakit = oruol
rindu = langadon
lelaki = kusai
perempuan = tondu / Sumandak
Di mana jalan ke rumah kamu? = Ongo ralan mongoi walai nu?
Kamu suka berjalan tak? = Orohian ko mimpanau?
Aku nak berjalan ke Mall. = Mamanau oku mongoi Mall.
Siapa nama kamu? = Isai ngaran nu?
Nama saya Sam. = Ngaran ku Sam.
Saya digigit ular. = Kinokot oku wulanut.
Siapa lelaki itu? = Isai ilo kusai?
Saya suka perempuan itu. = Orohian oku ilo tendu.
Hidung saya sakit. = Oruol tedung ku.
Kamu pergi mana? = Hinnongo tongoyon nu/dikoyu?
Pinjam nota kamu. = Poloso oku nota nu.

Aku rindu kampung aku. = Langadon oku kampung ku.


Sekian sahaja perkongsian daripada saya mengenai kaum kadazandusun ,. diharapkan melalui perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan kepada kamu .. 

oku i elicesia ricky mogovit do kosivatan diti miampai pason ponsikou ku di tompinai ngawi..